Isnin, 14 Mei 2012

PENGENALAN


PENGENALAN KPD MENCANAI DGN TANGAN (OFF-HAND GRINDING)


rajah ini merupakan mesin yang lama menggunakan tangan

Mencanai  dengan tangan adalah satu istilah didalam kejuruteraan  untuk menerangkan   proses  dimana  kerja kerja   dilakukan  dengan   secara mengunakan  tangan dan bahan  kerja dicanai dengan roda abrasive.
Jenis kerja mencanai yang dilakukan didalam  bengkil  adalah  seperti berikut:
1. Dressing of casting. (Membersiehkan bahagian tuangan).
2. Trimming of forgings (pemotongan pada bahagian penempaan).
3. Rough shaping of parts(Membuat anggaran yang kasar bagi bahagian kerja).
4. Removing   excess  material (membuang  pada bahagian yang tidak diperlukan).
5. Preparing  plates  for  welding (Menyediakan   bahan  kerka   untuk kerja mengimpal)
6. Smoothing  surface  (Melicinkan permukaan).


Ia  juga digunakan untuk  mengasah alat mata pemotong seperti ;-
1. Mata gerudi (drill bits)
2. Pahat (chisel)
3. Alat    penebuk   atau  penindik (punch)
4. Mata alat pemotong  melarik (lathe cutting tools)
5. Mata alat  pemotong membentuk (shaper tools)           
    
Semua mesin yang digunakan untuk mencanai dengan tangan mempunyai rupa bentuk yang serupa.Roda abrasive dipasangkan pada spindal dan ianya berputar pada kelajuan yang tinggi. Mencanai  dengan tangan mestilah selalu dilakukan dengan lebih  cermat dan  berhati hati demi keselamatan.Prinsip operasinya adalah dengan berdiri  dihadapan dan tertentang dengan roda abrasive  sehampir  yang boleh.Keadaan merbahaya boleh terjadi apabila roda  abrasive yang besar berputar pada kelajuan yang amat tinggi.Rodanya, walaupun apa juga mesin mestilah diadang dengan sempurnanya.Pengadeang memberikan ruang yang cukup untuk permukaan  roda  supaya senang membuat operasi diatas kerja yang hendak dilakukan.


PERHATIAN:
PAKAI GOGGLES  (CERMIN  KESELAMATAN ) APABILA MELAKUKAN  KERJA  KERJA MENCANAI.


JENIS-JENIS MESIN PENCANAI DENGAN TANGAN


Ada beberapa jenis mesin  digunakan untuk memcanai dengan tangan. Mesinnya ialah: -
a. Mesin pencanai jenis Pedestal
b. Mesin pencanai jenis Meja
c. Mesin pencanai jenis mudah alih



MESIN PENCANAI JENIS PEDESTAL
Jenis ini mempunyai tapak penyokong yang kukuh untuk motor,  spindalnya dipandu  dengan talisawat  (belts).  Selalunya  roda  abrasive  dipasang pada tiap kedua hujung pada spindal.


rajah ini merupakan mesin zaman sekarang menggunakan kuasa arus elektrik




Tiada ulasan:

Catat Ulasan